Tuesday, November 16, 2004
kasih ufuk rindu 4
“Cik In boleh ikut saya.”dia tersenyum pada gadis itu.Memerhatikan penampilan ayu itu.
Dalam diam dia mengagumi kacantikan gadis itu.Nampaknya ramailah pegawai yang terpikat nanti.
“Terima kasih kak.”dia membuntuti langkah wanita yang sedang sarat mengandung itu. Mata meliar memerhatikan keadaan pejabat yang kelihatan sedikit sibuk pagi itu.
“Mulai hari cik In akan duduk disini.”dia menunjukkan tempat In sebelum menyambung kembali.
“Awak akan bantu boss kita nanti.Ini setiausaha dia,awak akan dapat belajar banyak benda daripada dia.”dia membawa In ke arah seorang gadis tinggi lampai yang tersenyum dari jauh.
“Lin,kenalkan ini Cik Intan Xarfisda.Best student from Indra College.Dia akan buat praktikal dekat sini.You tolonglah dia apa yang patut ya.”Dia Datul memperkenalkan mereka.
“Apa kabar?”Lin menghulurkan tangan pada gadis itu.Pertama kali melihat gadis itu dia tahu gadis itu seorang yang baik.Gerak laku dan gayanya yang bersahaja saja sudah cukup menceritakan segalanya.
“Baik.”In menyambut huluran sahabat barunya itu.Terasa bakal ada kemesraan antara mereka.
“Kalau macam tu akan pergi dulu ya.Kalau cik In ada apa apa tak faham boleh tanya Lin.Dia akan bantu.”dia memberikan senyuman ikhlas buat gadis itu.
“Awak, orang mana?”Lin memulakan bicara memandang sepasang mata coktal milik gadis itu.In sudah melabuhkan punggung ditempat duduknya yang bersebelahan dengan tempat Lin.
“Orang Segamat.Panggil saya In aje.”
“Kalau macam tu In boleh panggil saya Lin.”dia tersenyum lagi.
“Lin,ambilkan I file Megah Holdings.”perbualan mereka terganggu dengan kehadiran suara seseorang dari interkom meja Lin.
“Baik boss,”Lin menganggukkan kepala,walaupun tahu bosnya tidak mungkin melihat.
“Opss,boss dah panggil,I masuk dulu ya.”dia bangun sambil membawa beberapa buah
fail.
In menganggukan kepala,dia duduk dimejanya.Mengisi beberapa borang yang diberikan Datul padanya untuk dipenuhi.Tekun dia mengisi borang.
“Kalau tak ada apa apa,I keluar dulu Encik Rean?”Lin bertanya bila melihat anak muda itu khusyuk menatap fail Megah Holdings yang diminta.
“Okey.”dia mengangkat muka sedikit memandang Lin,mata menyoroti setiausaha itu sehingga pintu hampir tertutup.Dia tersentak.Lama dia diam.
Ya Allah…aku ni dah tak betul ke?Sampai siang hari pun terbayangkan dia?Andrian mengeluh lagi.Dia dah parah,parah sangat.Dah sampai tahap kronik pun.Kalau dulu bayangan milik gadis itu hanya bermain di ruangan mata tapi kini bayangan itu telah berpindah kedepan mata.Dia seolah melihat In sedang tekun menulis sesuatu
.Kenapalah aku asyik teringatkan dia ni? Kenapa aku tak jadi macam ni masa dengan perempuan lain?Pena ditangan diletakkan diatas meja,mengaru kepala yang tak gatal.
Intan Xarfisda!Dia menyeru nama gadis itu perlahan.Mata ditutup rapat.Terbayang senyuman manis dan raut wajah milik seseorang. Teruk!Memang aku dah teruk betul!
Dia mengutuk diri sendiri.Mata dibuka,melihat jam dipergelangan tangan.Dah pukul sepuluh!Baik aku pergi isi perut.Dia mengosok perut yang tiba tiba berbunyi lapar.Tadi pagi tak sempat breakfast,sibuk sangat berkejar nak kepejabat.
Andrian bingkas bangun,kot dibuka dan disangkut di kerusi empuk miliknya. Membetulkan letak rambut yang agak serabai,sempat lagi dia melihat cermin disisi,em… bertambah handsome.Tak tahulah kalau macam ni punya lawa pun In tu tak terpikat lagi kat aku.Andrian tergelak kecil.Perasan betul!
In bagai tersentak seketika,seolah olah dia terdengar namanya dipanggil seseorang. Terhenti seketika.Jelas di pendengarannya namanya disebut seseorang.Mata meliar memerhati sekeliling,seketika dia tersenyum sendirian.Mengigaukah aku?Dia tersengih. Kembali menyambung kerjanya,borang diisi segera.Setelah siap dia perlu segera menghantarkannya kembali kepada Datul.
“You nak kemana In?”Lin bertanya bila melihat In bangun dan ingin mencari sesuatu.
“I nak pergi hantar borang ni sekejap pada kak Datul tadi.Tempat dia kat mana Lin?”
“Oh,you turun tingkat dua lepas tu belok kiri.Alah tempat dia betul betul depan lif.You pergilah hantar borang tu kat sana.”dia memberikan senyuman menghantar gadis itu dengan pandangan hingga ditelan pintu lif.
Serentak itu pintu bilik Andrian dikuak dari dalam.Kelihatan Andrian keluar sambil menyingsing lengan bajunya.
“Lin,I nak pergi minum sekejap.Kalau ada apa apa you ambil pesanan aje.”dia berpesan pada setiausahanya itu.
“Baiklah Encik Rean.Er..Encik,pagi tadi student yang nak praktikal tu datang.So,dia bawah I ke?”dia bertanya ingin mendapatkan kepastian.Hati dah mula menyukai gadis itu.
Tentu seronok kalau dia dan In dapat bekerja bersama sama.Tapi dia tak harap sangat, Andrian tak suka student yang buat praktikal dibawah jabatannya,selalu tu sekejap aje itu pun pasal dapat arahan Datuk,lepas tu dah dua tiga hari semua dihantar kejabatan lain. Katanya budak budak tu semua menggangu perjalanan jabatan dia aje.Lebih tepat dia kata budak baru menyusahkan!
“Student praktikal lagi?”dia bertanya.Kening sedikit terangkat,tidak senang mendengar kata kata Lin.
“Iya,pagi tadi dia mula daftar.”Lin memberikan penerangan.Sedikit rasa tidak enak bila mendengar nada suara bosnya itu.
“Tengoklah,kalau I rasa okey,maybe dia bawah you.Kalau tak kita hantar ke deparment lain.”dia lantas berlalu meninggalkan Lin,malas nak bersoal jawab lagi.Punit lif ditekan, terus saja dia masuk bila pintu lif terbuka.
Dia menganggukkan kepala dua tiga kali bila staf staf menyapanya.Dia memerhatikan keliling lif yang turut sama dihuni tiga orang stafnya.Mungkin nak keluar pergi makan seperti dirinya.
“Awak semua nak kemana ni?”dia beramah mesra dengan kakitangannya itu.Memang selama ini dia agak kurang mesra dengan kakitangannya tidak seperti Andrizal,alongnya itu.
“Kami baru balik jumpa Encik Andrizal tadi,Encik Rean.”anak muda itu bersuara perlahan.Jarang sekali Andrian ingin bertegur sapa dengan kakitangan sepertinya. Memang telah dikenali perwatakan Andrian tidak seperti Datuk Andkairul atau pun Andrizal yang mudah mesra.Andrian sedikit dingin,selebihnya dia lebih senang menyendiri.
Malas nak masuk campur urusan yang tidak ada kena mengena dengan jabatannya.Selebihnya dia lebih senang menghabiskan kerja sendiri.Dia anak muda yang penuh dengan cita cita ingin berjaya,dan lantaran kerana itulah yang membuatkan dia begitu komited dan serius dengan setiap kerjanya.
Pantang baginya kalau ada kakitangan yang melakukan kesilapan,pasti kena tindakan tatatertib ataupun paling tidak akan di leteri habis habisan.
“Mmm,”dia mengangguk perlahan.Keadaan diam semula sehingga pintu lif terbuka ditingkat dua.Ketiga tiga stafnya berhenti disitu,mata bagai tidak mempercayai penglihatannya.Hati bagai disirami percikan bunga api yang indah pelbagai warna.Dia kaku disitu.
“Eh..er…awak!”kedengaran suara gadis itu.Lantas mengembalikan dia kealam nyata.
“Apa kabar?”dia bertanya,cuba melindungi apa yang tersembunyi.Rahsia hati tidak mahu didedahkan.
“Baik.Awak kerja dekat sini ke?”dia memandang anak muda itu.Masih tidak bergerak masuk kedalam perut lif.
“Iya,In pula buat apa dekat sini?”dia bertanya,demi terpandangkan seraut wajah itu bunga bunga rindunya mulai berkembang mekar.
“Saya,praktikal dekat sini.”dia tersenyum kaki mula melangkah masuk kedalam lif. Berdiri berdua dengan Andrian membuatkan dia tak senang.
“Praktikal?Tingkat berapa?”hati sudah tertanya tanya,mungkinkah?Dia kah?Harapan mula berbunga ceria.
“Tingkat lima.”jelas In tenang.
“Oh,I see.”dia berpura pura tenang ,sedangkan gelojak hatinya kini setinggi ombak laut tatkala dilanda taufan.Tanpa sedar mereka dah pun sampai ketingkat bawah.
“Tak nak keluar ke?”dia memandang In yang masih tidak berganjak.
“Tak,saya nak naik semula.”perlahan dia mengelengkan kepala,memandang lelaki itu yang sudah pun berada didepannya.Mereka dipisahkan dek pintu lif yang bakal tertutup.
“Okey,kalau macam tu jumpa awak nanti.”sempat dia bersuara sebelum In hilang dibawa lif,dia tersenyum nakal.Lapang rasa hati.Jadinya tadi tu memang In.Aku tak berangan ke tadi?Dia tersenyum lagi.Dua tiga orang pekerja yang beregar legar diruang bawah pelik memerhatikan gelagat Andrian yang tersenyum sendirian.
“Lin,mana student praktikal?Panggil kan dia masuk jumpa I.”kedengaran suara Andiran dari interkom dimeja Lin.
“Baik bos.”Lin lantas memandang In yang memang terdengar kata kata Andrian itu.
“Pergilah,dia tak makan you lah.”Lin sempat mengusik bila melihat In gelisah bila disuruh menghadap Andrian,rasa macam aku nak mengadap sultan pulak!
“Masuk!”In memulas perlahan lahan tombol pintu kayu itu.Terasa beratnya pintu itu.Berdebar debar bila melangkah masuk kedalam bilik mewah itu.
“Duduk.”dia patuh lagi pada arahan itu.Masih leka memerhatikan keliling bilik hingga lupa untuk memandang tuan empunya diri.
“Terima kasih encik.”In bersuara perlahan.Duduk sambil menundukkan wajah.
“Boleh terangkan sikit pasal awak?”terdengar lagi suara itu.Macam kenal aje?!In mendongakkan kepala.Hah!!Dia!Lemah sendi rasanya saat itu.Macam nak pengsan.Yang nak dielakkan itulah yang dia dapat.
Sebolehnya dia tidak mahu lagi ketemu Andrian, rasanya anak muda itu bagai berdendam dengan dia,manalah tahu kot kot dia masih marah dengan apa yang dikatakan tempohari.Dia gementar,lebih lebih lagi teringatkan kata kata angkuh Andrian.Sedangkan dia begitu ingin mengelakkan diri dari ketemu Andrian lagi.
“Kenapa terkejut ke?”Andrian membuahkan senyuman.
“Er..,tak.Eh ya,erm…tak lah.”tergagap gagap dia mengawal kegugupan yang melanda. Memerhatikan anak muda yang tertawa kecil itu.
“Kecilkan KL ni.”dia tersenyum memandang In yang kegugupan.Rasa lucu menyelinap ke lubuk hatinya melihatkan wajah terkejut In.Ada saja perilaku gadis itu yang mencuit hatinya.Dan tiap kali itulah dirasakannya yang In semakin mencuri hatinya.
“Saya pun tak sangka akan jumpa awak lagi.”In mengangguk perlahan.
“Saya pun.Ingatkan siapa tadi.Rupanya In.”Rupanya kau yang selalu aku rindukan selama ini.Mana kah menghilang selama ini In?!
“Ada apa awak panggil saya ni?”dia bertanya namun tersentak seketika,kan dia bos aku. Tak boleh panggil awak,awak.
“Maaflah,dah terbiasa,patutnya saya panggil awak Encik.”dia sedaya upaya mengawal rasa terkejutnya.
“Tak mengapa saya lebih senang dengan panggilan tu.Apa salahnya,lain dari yang lain.”
“Tak baiklah macam tu.Tak manis.”dia mengelengkan kepala.Nanti tak pasal pasal diorang kata aku ada affair dengan kau.Kan dah jadi fitnah namanya tu!
“So,tell me.Macamana Ikal dengan Danny.”dia sengaja bertanyakan perihal kanak kanak yang mencuit hati itu.Selebihnya dia sengaja mencari akal untuk berbual bual dengan In.
Tidak mahu melepaskan gadis itu keluar terlalu cepat.Dan paling dia tidak mahu In mengelakkan diri darinya lagi.Rasanya gadis itu bagai ingin menyembunyikan sesuatu darinya.Apa masalahnya.
Dia dah apa pak we ke?Zaidi ke?Tiba tiba dia diburu pertanyaan.Terbayang semula segala kata kata Zaidi sewaktu dikampung,namun dari tindak tanduk sepupu itu dia tidak menafikan kemungkinan besar Zaidi menyukai gadis itu.
Tapi….aku tak nak rampas mak we sepupu aku sendiri.Dia kebingungan.Benarkan In dan Zaidi punya ikatan istemewa hingga gadis itu mengelakkan diri berkali kali?
“Oh,ingatkan kenapa tadi.Dia orang baik,sihat.Alhamdulillah.”dia tersenyum lembut tanpa sedar senyumannya itu membuatkan Andrian separuh nanar.
“Mereka masih dikampung ke?Tak datang sini dengan In?”
“Tak,mak tak mahu tinggalkan kampung tu.Dia sayang kan rumah pusaka kami tu.”dia menjawab perlahan.Dia ni nak tanya pasal kerja kah,pasal family aku?Entah entah kejap lagi apa pulak dia nak tanya aku ni.In mengomel dalam hati.Takut nanti lama lama kat dalam bilik itu dia jatuh hati pulak dengan Andrian pulak.Parah namanya tu!
“Er…In tinggal dimana sekarang?”soalan diutarakan lagi.
“Rumah sewa,abang Zaidi yang sewakan apartment dia.”
“Zaidi?!”ada nada terkejut dalam suara itu.Apa kaitan Zaidi dengan In.Eh,kan In tu sepupu dia.Kau pula apa kena mengena sampai nak soal dia macam FBI pulak.Hatinya berperang dengan perasaannya.
“Mmm,kenapa?”dia bertanya,agak kaget mendengar riak nada jejaka itu.Apa yang pelik sangat,lainlah kalau aku tinggal serumah dengan abang Zaidi tu.
Itu pun nasib baik,kalau tak mahu abang Zaidi tu paksa aku tinggal dekat rumah mak dia.Dah lah aku ni bukannya baik sangat,kalau hari hari duduk,makan tidur aje tentulah mak long halau aku.Dia tersenyum dalam hati,takkan lah mak long nak halau aku,kan mak long sayangkan aku!
“Tak adalah.Okey,get back pada tugas In sepanjang In di sini nanti.”dia mula berdiri. Selebihnya menghilangkan rasa terkejut dan prasangkanya. Mencapai satu dua fail. Dihulurkannya fail itu pada gadis yang masih duduk didepannya.
“In semak dulu fail fail ni nanti.Kalau ada apa apa yang tak faham boleh rujuk dengan Lin atau saya.Lagi satu,mungkin nanti In perlu sedia,sebab di department kita ni kerja tak tentu masa,terutama kalau ada projek baru
.So,harap In boleh bersedia,tapi ini bukan paksaan tau.Tapi kalau In dapat turut serta dengan kami nanti,ia berguna untuk cari peluang kerja kemudian hari tau.”dia memerhatikan In yang membelek sehelai dua fail yang dihulurkannya.Rasa tenang menyerpa tiap kali menatap wajah itu.
“Kalau tak ada apa apa,saya minta diri dulu.”In sudah mula bangun,menantikan jawapan dari Andrian.Dia kemudian melangkah keluar bila melihat Andrian menganggukkan kepala.
“Terima kasih.”ucap In perlahan sebelum menutup pintu bilik itu kembali.
“Abang nak bawa In kemana?”In masuk keperut kereta,mengenakan tali pinggang keselamatan.Masih menantikan jawapan dari anak muda yang kelihatan santai dengan bert-shirt dan seluar slack.
“Pergi rumah abang lah.Kan semalam abang dah tinggal pesan dalam handphone In.”
“Iya ke,In tak on.Semalam ada meeting terus tutup sampai pagi tadi.”dia meraba telefon kecil dari beg tangannya.
“Mama tu dah rindu nak jumpa In sangat.”dia tersenyum lagi.
“Alah,mak long tu,macamlah dah bertahun tak jumpa.Kan baru bulan lepas jumpa.” In mengomel kecil.Dia tahu mak longnya itu sayangkan dia.Tangan pantas menekan butang on.Mencari cari mesej yang ditinggalkan Zaidi.
“Itu bulan lepas.Sebulan kan ada tiga puluh hari,tentulah mama rindu.Abang yang baru dua hari tak jumpa In pun dah separuh mati tau.”dia mengusik lagi.Dalam diam menyampaikan hasrat hati yang terpendam.
“Em,abang tu bukan boleh percaya sangat.”dia tertawa kecil.Kelakar mendengar kata kata Zaidi.Rindu dekat aku buat apa,baik rindu dekat mak we dia!
“Eh,betulke In buat praktikal dekat ofis Rean?”Zaidi bersuara bila teringatkan kata kata Andrian tempoh hari.Dia sendiri pun tak tahu yang In buat praktikal di ofis milik pak anjangnya.
“Ak ah.Mana abang tahu?”
“Alah abang jumpa dia hari tu.Terkejut abang.”
“Mana In tahu tu ofis uncle abang.Hari tu In daftar tak nampak siapa siapa pun.Abang Rizal pun tak ada.Lepas tu terjumpa dia pula,mana tak terkejut beruk In.Nasib baik tak pengsan tau.”In tertawa kecil,kelakar bila mengenangkan betapa terkejutnya bila pertama kali terserempak depan Andrian,pulak tu depan pintu lif lagi!
“Nasib In lah.Nanti tak bolehlah nak curi tulang.Rean tu kalau pasal kerja macam mafia. Dia tu workholic tau.Nanti In duduk bawah dia keringlah In.”dia mengusik lagi.
“Kalau macam tu baguslah.Tak payah In deit lagi.”selamba dia bersuara.
“Abang memang takkan menang kalau cakap dengan In.”dia tertawa lagi.Dia memang tak boleh kalahkan In.Budak tu kalau bercakap bagilah dekat dia.Semua keluar,ada ada saja idea dari kepala otak dia tu.
“Tu ha,In tengok mama abang dah dok tunggu kita.Dari pagi asyik bising bising suruh abang ambil In.”dia memandang kearah ibunya yang sedang duduk ditaman mini ditemani seseorang.In turut sama memerhatikan Datin Mariam terkedek kedek sambil disulami senyuman meleret mendapatkan mereka.Belum sempat Zaidi memberhentikan kereta dia dah meluru mendapatkan mereka.
“Apa kabar mak long?”In segera turun mendapatkan Datin Mariam.Memeluk tubuh gempal itu.
“Baik,em…In pula semakin lawa mak long tengok.”dia mengusik membelek anak buah itu.Sejuk mata memandang wajah ayu itu.Hati terasa senang melihat mereka turun beriringan dari perut kereta.Alangkah indahnya andai kata ia sebuah hakikat yang sememangnya diidam idamkan selama ini.
“Mama tu,kalau jumpa In,anak sendiri pun tak nampak.”Zaidi menyampuk memerhatikan gelagat mamanya yang sibuk menyambut kedatangan In.
“Alah,abang tu bukan apa mak long,jelous katakan.”giliran In pula mengusik jejaka itu.
“Eh,lupa pula.Mari In,Di sekali.Mama nak kenalkan In dengan mak anjang.”Datin Mariam memimpin tangan In.Membawa kearah seorang wanita lewat empat puluhan yang sedang memerhatikan mereka.
“Anjang,kenal kan ni anak buah saya.In namanya.”Datin Mariam memperkenalkan mereka.Rasa bangga menyelinap kelubuk hati bila memeperkenalkan In sebagai anak buah kesayangannya.
“Apa kabar mak cik?”In tunduk hormat menyalami tamu itu.
“Baik.”Datin Tengku Horsia tersenyum senang dengan sikap sopan gadis itu.Sekali pandang hati tuanya dah terpaut.
“Bila mak anjang datang ni?”Zaidi menyampuk sejak tadi mendiamkan diri.
“Baru kejap tadi.Saja aje jalan jalan,lagipun dah jodoh nak berkenalan dengan In ni.”dia mengusik.Memandang wajah didepan mata itu.
“Itulah,patutlah sejak semalam lagi saya asyik teringatkan In.Rupanya nak dikenalkan dengan awak.”ujar Datin Mariam mengusap mesra bahu anak buah yang duduk bersebelahan dengannya.
“Alah,mama tu yang tak sabar nak jumpa In.”Zaidi mengenyitkan mata memandang Datin Mariam yang tergelak kecil.Dia tahu betapa mama sayang kan In.Lagi pun mama kini kesunyian sejak Fidah berkawin dan kini tinggal di Paris.
“In ni orang mana?”Datin Tengku Horsia bersuara,ingin mengenali anak gadis itu.
“Alah,dia sekampung dengan Di, mak anjang.”Zaidi menjawab bagi pihak In.
“In belajar lagi kah?”dia masih terus meyoal.
“Tengah praktikal sekarang mak cik.”dia menjawab sopan.Rasa macam di soal polis pula.
“Di mana tu?In belajar course apa?”bertalu talu soalan diajukan pada gadis itu.
“In ambil pentadbiran mak cik.Sekarang ni praktikal di AnD’s Holdings.”dia menjawab sopan.
“AnD’s Holdings?”jelas Datin Tengku Horsia terkejut mendengar jawapan dari mulut gadis itu.
“Kenapa mak cik?”In mengerutkan dahi.Aku silap cakap ke?Tapi takkan lah,betul aku pratikal kat sana.Dia memandang Datin Tengku Horsia, dan Zaidi yang tertawa.Cuma Datin Mariam yang menunjukkan simpati padanya yang tak tahu hujung pangkal itu.
“In ,kalau nak tahu.Mak anjang ni mama Andrian.”Zaidi bersuara telah gelaknya hilang. Lucu melihat In yang terpinga pinga.
“Ooo.Iya ke.Saya tak tahu pun.”In bersuara,jelas terkejut lagi.Mak oii keciknya dunia ni. Pusing pusing jumpa suku sakat dia juga kah?Itu yang nak dielakkan itu juga yang asyik mendekatinya.In terkedu.Alamak,dah kenapa dengan aku ni?Dia tidak tahu,terpinga pinga.
“Manis budaknya.”Datin Tengku Horsia menghantar langkah kedua anak muda itu kedalam dengan pandangannya,sambil diturut serta Datin Mariam.
“Apa Zaidi tak berkenan ke?”Baginya gadis seperti In itu baik dari segala segi,mungkin dia masih belum mengenali gadis itu tapi pandangan pertamanya tak mungkin akan silap. In memiliki segala yang diidamkan oleh setiap gadis.
“Entahlah,budak budak zaman sekarang ni susah nak dicakap.Kalau kita berkenan dia pula tak berkenan.Yang kita tak berkenan itulah yang dia nakkan.”Datin Mariam bersuara perlahan.Macamana nak berkenan,si In tu yang tak nak.Payah sangat.Bila dia tengok sekali rasa rasa macam dia orang tu bercinta tapi bila tengok lagi macam tak pulak!
“Dah tu awak berkenan ke dengan In tu?”Datin Tengku Horsia ingin mencungkil rahsia teman itu.
“Boleh dikatakan begitu.Tapi rasanya In tu dah ada pilihan sendiri.Bila dirisik risik dengan Zaidi tu banyak sangat alasannya.”dia mengeluh,teringat hajat hati yang tak kesampaian.Puas dia memanjatkan doa agak hati gadis itu terbuka,tapi ketentuan Ilahi tidak diketahuinya,hingga kini baik Zaidi mahupun In masing masing berdiam diri.Zaidi pula bila ditanya tersengih dua puluh empat jam.
Tapi bila aku sentuh pasal Julia tu kelam kabut,tak cukup kaki tangan dia menjawab.Dah tu siap ugut kalau terima pinangan Julia tu dia merajuk sampai ke gunung Ledag nun, tak nak balik.Macamanalah aku nak terima pinangan Julia tu,aku sendiri pun tak berkenankan budak tu.Pelik,ada ke patut zaman sekarang ni,perempuan pula nak pinang lelaki.Tak sesuai….!
“Macamana?Jadi tak In ikut abang malam lusa?Tolonglah ya,malulah abang kalau bakal pengganti papa tak ada partner.”dia memujuk gadis itu.Itulah,In tu liat sangat kalau di ajak pergi bersosial.Katanya tak biasalah,tak itu lah,tak inilah.
“Alah abang ajak ajelah orang lain.Lagipun rasanya tak ada orang yang kemajlis tu yang macam In.”dia mengelak.Iyalah,mana ada orang sekarang ni nak ke majlis makan malam dengan baju kurung dan tudung litup.
“Alasan!Lagipun tak ada yang kisah.Sekarang ni pun ramai orang yang pakai macam In. Bertudung dan berbaju sopan.Kan lebih manis.”dia masih lagi memancing.Masih ingin memujuk gadis itu.Sebenarnya dia punya niat lain.Selain untuk menjadikan sebagai temannya,dia mahu memperkenalkan In dengan teman temannya.Sedangkan selama ni mereka tertanya tanya.Mana taknya,dalam ramai ramai teman sekolejnya hanya dia yang masih belum berteman.Sedangkan teman lain ada yang dah beranak pinak.
“Nanti In malukan abang.”In masih mengelak.Dia tak biasa kemajlis sebegitu.Takut nanti akan memalukan Zaidi.
“Tak,abang janji yang In takkan malukan abang.”Zaidi dah mula tersenyum, perangkap -nya dah mengena.Jarang sekali gadis itu mahu mengalah.
“Pelik!Patutnya In yang janji takkan malukan abang.”dia dah mula mengukir senyum. Geli hati mendengar kata kata Zaidi itu.
“So?”dia menyoal,matanya saja cukup untuk membayangkan harapan yang disandarkan pada gadis itu.Bibir mula mengulas senyuman manis.Dia tahu kali ini gadis itu takkan menghampakannya.
“So?”In masih mahu bergurau.Sengaja nak mainkan perasaan Zaidi.Dia sengaja bermain tarik tali.
“Okey,abang akan anggap In setuju.Abang tak kira,malam lusa In kena ikut abang ke majlis itu.Nanti abang ambil In di apartment.”Zaidi bersuara manja.Separuh mengugut, dan tawanya semakin meledak kuat bila In turut sama tersenyum.
“You are gorgeous.Betul,In cantik tau!.”dia memuji.Macamanalah tak cantik,aku yang tengok pun terpaku.Melayang layang rasa perasaan aku ni bila pandang kau.Tengoklah tu walaupun simple berbaju kebaya dan bertudung merah lembut dia tetap menawan dengan secalit lipstik.
“Abang jangan nak mengada tau.Nanti In tak nak pergi baru tahu.”dia mencebik memandang Zaidi yang sedang memandu.Penat aku panggil tiga empat kali dia boleh buat tak tahu.Ada kepatut.Dia ni nak pergi ke tak?
“Okey,abang tak nak usik In lagi.Dah lah,jom masuk.Mama dengan papa dah tunggu kat dalam tu.”Zaidi bersuara,tidak mahu mengusik lagi.Takut nanti betul betul In balik,mati aku.In tu bukan boleh,suka hati dia aje.
“Alamak!In nervous lah bang.”dia menarik nafas lembut.Mengusap gusap dada yang jelas berdebar.Peluh yang mengalir perlahan dikesatnya.Control In,control.Janganlah gelabah.Dia memujuk hati sendiri.
“Cool okey,kan abang dah janji In takkan malukan abang.”dia tersenyum memerhatikan gadis yang sedikit pucat.Cepat dia mencapai tangan In.Sejuknya!Dia tergelak kecil. Jarang sekali dia melihat In begitu,selalunya gadis itu begitu pandai berkata kata dan mengenakannya.
“Abang janganlah ketawakan In.”dia merungut kecil memandang anak muda yang ketawa kecil.Geram melihat Zaidi mentertawakannya.Namun ditahannya,debaran kian bertamu apatahlagi kaki kini mula melangkah masuk kedalam hotel.
Gengaman pada tangan Zaidi semakin dikuatkan.Rasa takut dan gelabahnya menghantui. Tanpa sedar dia memegang erat tangan sasa itu.Zaidi hanya mengeleng kecil.Tersenyum memerhatikan gelagat sepupu itu.Walaupun dalam hati terasa debaran yang kian kuat.Dia selalu begitu,selalu berdebar bila In ada bersama.Hati tak keruan bila gadis itu ada berdekatan dengannya.
“Releks,abang sayangkan In.Jangan risau okey.”dia mengusik lagi.Ah,kata kata sayang itu begitu kerap diucapkannya sejak kecil,malahan menjadi rutin mereka.Cuma In aje yang tidak mengucapkan sayang.Mungkin bagi gadis itu tidak lebih dari sayang abang pada adiknya. Itulah yang diucapkan bila diusik sepupu mereka yang lain.Siapa antara sepupu mereka yang tidak tahu keakraban mereka.Ah, In alangkah indahnya kalau kau mengerti hati ini. Zaidi merintih sendirian.Hilang dialamnya sendiri.
“Bang,In takutlah.”suara manja gadis itu mengembalikan Zaidi kealam nyata.
“Nak abang peluk In kah?”dia mengusik.
“Abang jangan gatal tau.Orang cakap sikit nak lebih lebih pulak.”dia memarahi Zaidi lantas gengaman tangan itu dilepaskannya.
“Alah janganlah marah.Abang gurau ajelah.”dia kembali memegang tangan In.
“Dah,jom masuk.”lantas dia menarik tangan In masuk kedalam dewan bila pintu dibukakan oleh pekerja hotel yang sedia menanti.Serentak itu muzik dimatikan.Semua mata tertumpu pada mereka.Kilauan lampu begermelapan dihalakan kearah mereka. Kedengaran nyayian lagu selamat hari jadi mula dialunkan.
“Happy birthday to you.Happy birthday to you,happy to you.”
In terkejut.Hampir melompat dia lari meninggalkan dewan itu,mujur Zaidi menariknya masuk.
“Selamat hari jadi In,many happy returns of the day.”dia tersenyum manis.Berbisik lembut disisi gadis itu.
In tergamam.Minda dipenuhi tanda tanya, apa semua ni?La,hari ni birthday aku ke?Dia termangu seketika.Namun segera teringatkan anak muda itu.Mata bulat memandang Zaidi meminta penjelasan,apa yang dia cakap apa yang dia buat?
“Jangan pandang abang macam tu,abang tak tahu apa apa.Tanya mama.Mama yang rancang semua ni.”dia mengangkat tanga,tergelak kecil sambil menunjuk kearah Datin Mariam yang datang sambil menolak troli berisi kek dua tingkat.
“Selamat hari jadi sayang.”Datin Mariam mendapatkan In diiringi Datuk Zabidi.Kedua mereka memeluk gadis itu.
“Terima kasih mak long.In lupa.”dia tersenyum manis,tak jadi marah.
“Okey,sekarang sampai masanya In potong kek tu.”Datuk Zabidi bersuara.
In menganggu kecil.Terharu dengan sambutan mereka.
In duduk sendirian.Zaidi dah hilang kemana entah,katanya nak jumpa kawan lama.Mak long dan pak long pula leka berbual dengan teman perniagaan mereka.Selain mengadakan majlis makan malam syarikat mereka mak long turut mencadangkan agar sambutan hari jadi In diraikan bersama.
“Hello brithday girl.”seseorang menyapanya,suaranya begitu hampir pada pendengaran In.Aik,macam kenal aje suara ni.Siapa ya?In diburu pertanyaan,lantas mengangkat kepala memandang tuan empunya suara.
“Kenapa saya tak tahu hari ni birthday In?”kelihatan Andrian tersenyum memandangnya.
“Awak rupanya.”senyuam manis dipamer pada anak muda itu.Mempersilakan Andrian duduk.
“Saya sendiri pun lupa.”jujur dia menjawab.Lagipun dia sendiri tidak mahu mengingati -nya.Kelukaaan semalam masih menghantui.Tiap tahun hanya Zaidi yang setia mengingati -nya.Sedangkan dia sendiri tidak sudi untuk menyambutnya.
“Saya ucapkan selamat hari jadi pada In.Maaflah tak ada hadiah untuk awak.”
“Terima kasih.Tak perlu hadiah,ucapan yang ikhlas aje dah memadai.”
“Zaidi mana?”ujar Andrian.Sebenarnya sengaja ingin menarik minat gadis itu untuk berbual,pada hal sejak tadi dia nantikan peluang untuk mendekati gadis itu,tapi kehadiran In bersama Zaidi bagai mengugat hatinya.Kenapa goyah sangat ni!Marahnya pada diri sendiri.
“Entah,tadi abang Zaidi kata nak pergi jumpa kawan.Kemana hilang agaknya.”dia menjungkitkan bahu tanda tidak tahu,sedangkan dia sendiri pun tercari cari kelibat Zaidi.
“Selalu ke In temankan Zaidi pergi function?”
“Selalu?Eh,tak lah.Ini baru first time.Itu pun abang yang beria ia.”In mengelengkan kepala.Menghirup minuman yang tinggal separuh itu.
“So,macamana dengan kerja In?Okey?”Andrian mencari peluang lagi,ingin berbual bual lagi dengan gadis itu.
“Setakat ni rasanya tak ada apa apa masalah.”jujur dia menjawab.
“Kalau ada apa apa beritahu saya aje.”dia tersenyum.Mengalihkan pandangan kearah tamu yang leka menikmati hidangan.Tak tahu apa lagi yang nak dibualkan dengan In.Dah kenapa dengan aku ni.
Selalu tu kan orait aje.Tapi kenapa dengan dia,aku jadi kelu,bisu. Andrian mengomel dalam hati.Selebihnya dia terasa kekok untuk memikat gadis itu dengan cara playboynya.Takut nanti lain jadinya.Takut nanti In semakin jauh darinya.
“La,kenapa senyap sunyi aje ni.”Zaidi berdiri dihadapan mereka sambil bercekak pinggang.Tersenyum dan lalu melabuhkan punggung disebelah In.
“Tak ada apa yang nak dibualkan.”Andrian menjawab perlahan,memaksakan senyuman buat sepupu itu walaupun hati sedikit cemburu melihat Zaidi duduk dekat gadis itu.
“Abang kemana?Jumpa mak we,ya?”In bertanya.Bersyukur Zaidi datang,selamat aku. Lagi pun aku tak tahu nak cakap apa dengan mamat ni.
“Tak adalah,abang jumpa kawan abang.Lagipun In kan dah ada,buat apa nak cari lain.” dia mengusik gadis itu.Terlupakan teman didepan yang menanggung seksa batin.
“Erm,orang lelaki ni bukannya boleh percaya sangat.”In sengaja melayan Zaidi,tahu niat sepupu itu.Zaidi memang suka sangat mengusik dia.Dia tak ingat,tapi rasanya sejak lama dulu Zaidi dah mula mengusiknya begitu.Ungkapan sayang selalu diutarakan padanya, namun dia tahu sayang itu antara abang dan adik.Dan tidak lebih daripada itu.
“Alah,janganlah macam tu,kan abang sayang kan In.”dia tertawa kecil bila In mencubit lengannya.
“Di,aku minta diri dulu ya.”Andrian tiba tiba bersuara.Menyentakkan keduanya.Terlupa akan kehadiran orang ketiga antara mereka.
“Kau janganlah kecil hati ya.In ni memang macam tu.Kalau jumpa aku manjanya bukan main,sampai bos depan mata pun tak kisah.”Zaidi bersalaman dengan Andrian. Mengeyitkan mata pada In yang membeliakkan biji mata.
“Abang!”dia menjerit kecil.Memandang Andrian yang tersenyum tawar.Lelaki itu beredar meninggalkan mereka.
“Abang buat In malu tau.”dia mula menarik muka empat belas.
“Alah,abang gurau aje.Apa In takut nanti Rean tu kutuk In ke?”dia mengusik lagi.Suka melihat In marah.Bertambah lawa pula rasanya.
“Tak adalah,tapi In rasa tak sedaplah.Kan In ada cakap yang In pernah terserempak dengan diakan sebelum kami jumpa kat kampung.”In mula bercerita.Ingin meluahkan kebimbangannya pada Zaidi.Bukan apa kadangkala dia takut melihat Andrian tu.Tengok macam masa meeting hari tu,dia bukannya tengok David yang sedang bentangkan kertas kerja,tapi balik balik dia tengok muka aku.Dia berdendam pada aku kah?
“Iya,In ada cakap,cuma In tak cerita bila,macamana dan dimana.”dia dah menghadap gadis itu.Menantikan apa yang bakal diluahkan gadis itu.
“Sebenarnya,kami terserempak secara tak sengaja.Masa tu In nak ke ofis dia tu.In dalam lif,dia masuk dengan sorang perempuan.Mereka bergaduh.Dia marah macam macam.
Lepas perempuan tu keluar,dia merungut lagi.Katanya semua perempuan tu perempuan murahan.In rasa marahlah.Kami bertekak,lepas tu In blah.Sebab dah sampai.In takutlah bang.Manalah tahu dia marahkan In.”In bercerita,ingin jejaka itu tahu apa yang sedang melandanya.Ingin mendapatkan buah fikiran dari abang yang paling disayanginya itu.
“Apa yang In cakap sampai dia marahkan In?”Zaidi bertanya,terkejut seketika mendengar cerita gadis itu.
“In kata dia akan tunduk juga satu hari nanti dengan cinta sejati.”
“Dah tu apa masalahnya,sampai In takut dengan dia.Selalunya kan adik abang ni berani orangnya.”ujar Zaidi ,tersenyum dan merenung wajah itu tanpa disedari pemiliknya.
“Tak adalah.Tak tahulah,mungkin perasaan In aje.Tapi dia selalu pandang In.Cara dia tengok In tu menakutkan.Nampak macam dia nak makan In lah.Kecut hati In.”dia bersuara lagi.Tidak mengendahkan senyuman manis Zaidi.
“Alah,abang rasa dia tak marahkan In lah.Perasaan In aje tu agaknya.Rean tu bukan macam tu,dah lama abang kenal dia.Memang dia tu playboy sikit tapi takkan sampai nak berdendam dengan In pasal tu.Abang rasa tak ada apa apa.Atau In nak abang cakap dengan dia?”dia berpura tenang,sedangkan dalam hati dah mula berprasangka sesuatu.
Mungkinkah Rean menyimpan perasaan pada In?Tiba tiba dia teringat sesuatu.Kan selalu tu Andrian tak ambil student praktikal.Paling lama pun seminggu aje lepas tu semua dihantar kejabatan lain.Hatinya cuak.Mula tak sedap.Mereka hari hari berjumpa,tak mustahil nanti satu hari dia ternganga,Andrian tu pun bukan calang calang.
Dia tu pantang menyerah,malahan perangainya itu memang diketahui Zaidi.Malahan sejak mereka masih bersekolah lagi,semua perempuan yang dia nak dia dapat.
“Baik tak payah.In rasa okey,kalau abang dah cakap macam tu.Rasanya tak ada apa yang nak ditakutkan.”In menggelengkan kepala.Tidak mahu Zaidi memperbesar besarkan perkara itu.Nanti lain pula jadinya.
“Encik!Encik!”In memanggil manggil Andrian yang duduk diam tak bergerak sejak tadi.
Termenung pula orang tua ni.Rasa rasanya dah dekat setengah jam Andrian masuk kesitu,katanya tadi nak minum air masak.Lin nak ambilkan tak nak.Baik pula hati dia hari ni.Kalau tidak satu ofis kena marah dengan dia.Pantang silap sikit,macam nak pecah pejabat dibuatnya.
“In!”dia tersenyum malu.Malu bila In melihat dia termenung sampai tak sedar air yang dituangnya melimpah membasahi baju kemejanya.
“Encik tak apa apakah?”dia bertanya,risau pula.Takut takut orang tua ni sakit pula.
“Tak.Tak apa apa.Saya okey.”dia meletakkan gelas.Baju yang basah diperhatikannya.
“Nah,kenapa ni?Encik ingatkan buah hati ke?”In mengusik.Menghulurkan tisu pada lelaki itu.Kini dia dah berani bergurau dengan lelaki itu.Malahan sikap Andrian yang kadang kala happy go lucky itu yang membuatkan dia berani begitu.Tapi kalau puting beliung dia datang,mahu pecah pejabat ni dibuatnya.
“Tak adalah.”dia tersenyum dan berlalu pergi.Seketika kemudian menjeling gadis yang sedang tekun membancuh air.
“Aik,kenapa dengan you ni?”In bertanya bila kelihatan Lin kelam kabut keluar dari bilik Andrian.
“Bos mengamuk lagi.Orang tua tu asyik mengamuk aje sejak kebelakangan ni.”Lin merungut.
“Eh,tadi I jumpa dia dekat cabin okey aje.”In mengerutkan dahi.Sekelipan aje sikap Andrian berubah.Magic apa dia pakai?
“Lin,masuk bilik I !”terdengar suara Andrian serius dari interkom diatas meja Lin.Lin mengerutkan dahi.Terasa kecut pula perutnya nak masuk bilik Andrian.Rasa macam masuk bilik gantung aje.
“In doa kan I ya,”Lin bersuara perlahan.In hanya tergelak kecil,kelakar rasanya macamlah Andrian tu makan orang .
In memerhatikan Lin yang keluar dari bilik Andrian.Kawannya itu terus menghampiri mejanya.Wajah keruh Lin direnungnya.
“In,boleh tolong I tak?”Lin mendekati meja gadis itu,menyebabkan In memberhentikan kerjanya.
“Kenapa dengan you ni,cakap slow slow.Kalau boleh I tolong,I tolong.”dia berusaha menenangkan gadis itu.Kesian pula melihatkan keadaan Lin waktu itu.Andrian marahkan dia ke?
“Bos nak I stay back untuk disiapkan kertas kerja Petronas tu.Dia orang baru beritahu tadi,dah tu kena hantar esok.Tapi I tak boleh,I ada janji nak jumpa parents tunang I.”
“Dah tu you nak I buat apa?”dia bertanya kehairan.Aku bukannya tahu kalau nak suruh aku.
“I nak you gantikan tempat I malam ni.Tak susah,you Cuma taipkan apa yang bos nak.I dah beritahu bos,dia tak kisah.Tolong I In,please.”Lin merayu lagi.
“Alamak,nak tolong you tu boleh,tapi I takut.I bukannya tahu apa apa.”In mengerutkan dahi.
“Tak susah.You kan pernah belajar menaipkan.You just taip apa yang bos cakap.Boleh ya.I minta sangat.Please.Lagipun ni peluang baik untuk you belajar.Boleh ya.Tolonglah, nanti I belanja you makan.”dia merayu lagi,tangan gadis itu dicapainya.
“Okey,okey.I tolong you.”In bersetuju,tak sampai hati rasanya nak tolak ajat Lin tu.Apa salahnya,lagipun aku pun bukannya ada anak kat rumah tu.
“Thanks, you memang a good friend.”Lin memeluk In.Terlampau gembira.
“I nak pergi beritahu bos.”dia kemudian melangkah masuk semula ke bilik Andrian.
“Lin!”panggilannya menyebabkan langkah kaki temannya itu terhenti,berpaling Lin memandangnya.
“Jangan lupa nanti belanja I makan.”usik In.Lin turut sama tergelak,namun kepalanya laju mengangguk.
Bunyi ketukan keyboard komputer kedengaran,bukan satu tapi tiga.Ketiga tiganya begitu laju sekali,mengalahkan nak masuk pertandingan menaip pula lagaknya semata mata kerana ingin menyiapkan tugasan yang diberikan pada mereka.Jam di dinding menunjukkan angka sembilan.Namun mereka masih sibuk bekerja,mahu menyaipkan kertas kerja yang perlu dihantar keesokkan harinya.
Andrian leka memerhatikan In menaip.Bukannya pada apa yang dilakukan gadis itu tapi sebaliknya dia memerhatikan wajah ayu itu.Namun lamunan terhenti bila bunyi telefon bimbit In menganggu.Zaidi kah?Andrian rasa serba tidak kena.Resah,gusar,gelisah melihat In tersenyum begitu.Hati dipagut cemburu.
“Maaf,ya encik.”In meminta diri sebentar.Menjauh sedikit dari Andrian yang duduk bersebelahan dengannya.
Andrian hanya menganggukkan kepala,tanda memberikan kebenaran,dia menyandar dikerusi empuk itu.Lengan baju disingsing.Memerhatikan gadis itu yang sedang berbual.